26.8.14

Jalan bercabang



Ramai antara kawan aku semuanya tengah sibuk prepare barang, uruskan urusan universiti. Kan nak sambung degree dah awal september ni. Good luck korang. Moga korang berjaya dengan redha Allah. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku insyaallah.

Aku?

Aku kat sini 
Kerna jalan aku bercabang,
Aku pilih untuk jalan seorang
Kerna mungkin jalan lain hinggap sarang
dan jalan ini aku harap wujud terang

Ya, aku pilih jalan lain. Maaf kawan-kawan sebab tak inform kat korang pun yang aku tak pergi UMK. Banyak sebab kenapa aku tak nak pergi. Dan Alhamdulillah, mak dan abah sangat memahami, memberi kata-kata positif tak berhenti, saat ada manusia yang menjatuhkan, mereka ada untuk membangkitkan. Thank you Allah sebab hadirkan parents yang menyejukkan hati, menenangkan jiwa . Antara kata-kata abah yang aku masih ingat, 

"Adik, kita orang beriman pasti akan diuji. DIA nak pilih siapa yang paling layak masuk syurga. Anggap semua ini adalah ujian. Kalau kita redha bermakna kita berjaya tapi kalau kita kecewa, kita kena ingat..rasa kecewa dan putus asa hanya layak untuk orang-orang kafir."

Oh Allah, I'm feeling grateful for having them in my life. 


And sudah tentu, alhamdulillah untuk semua yang terjadi sebab banyak yang aku belajar bermula dari titik kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah, semuanya ada hikmah Allah. Kalau hikmah itu tidak hadir sekarang didunia, aku mengharapkan hikmah itu datang menerpa saat aku tercari-cari pertolongan Allah di akhirat nanti. Insyaallah, aku akan sentiasa think positive and do everything for the sake of Allah because what ever we do, we should dedicate ourself to Allah The Most Merciful. Insyaallahu ya Rabbi. 

Mohon doakan saya berjaya menjadi muslimah yang mampu berbakti untuk ummat. 


Moga yang membaca ini dirahmati Allah sehingga kaki memijak syurgaNya ;)








25.8.14

Masjid mesra pengguna


Entah kenapa sampai sekarang aku pelik siapalah yang mencipta teori 'saf kanak kanak di belakang manakala saf orang dewasa di hadapan'.

Bukan apa, aku jadi pelik dengan institusi masjid sekarang yang terlalu tidak mesra kanak kanak. 
Mungkin ada yang akan kata, 

"Mereka asingkan saf tu sebab taknak budak budak ni main main dalam  masjid."

Buat aku terfikir pulak. Macam mana anda boleh melihat pengasingan saf kanak kanak dan orang dewasa tu adalah solusi bagi masalah kanak-kanak suka berlari-lari dalam masjid? Maaflah, sebab aku tak nampak pun ada penyelesaian kat situ.  


Kalau kita kumpulkan kanak-kanak bersama rakan sebaya mereka, kita expect mereka akan duduk diam dan ikut juga berjemaah? I dont think so. Yang akan terjadi hanyalah mereka bermain-main di belakang, mengacau kawan-kawan disebelah, menjerit, dan berlari-lari. Anda kira itu tidak menganggu jemaah perempuan di balik tabir di belakang? Nak salahkan mereka? Nak buat macam mana, bermain memang fitrah kanak-kanak. Then, sekarang ni timbul pulak masalah orang tak ramai di masjid. Yang ramai hanyalah golongan emas. Di cop pulak 'remaja sekarang ni memang malas nak pergi masjid'. Salah siapa?

Pernah kita tahu sebab apa? Setiap permasalahan pasti ada jalan keluarnya jika sekiranya kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak. Tapi kalau selamanya kita asyik menyalahkan orang lain, mencari solusi dengan menyekat golongan lain, anda kira masalah ini akan selesaikah? 

Dulu waktu aku kanak-kanak sewaktu umur 9-10 tahun, aku pernah tertanya-tanya, 'kenapa mesti solat kat belakang? Sedangkan aku sampai awal? Bukan siapa cepat dia dapat ke?' 

And, bukan ke peluang merebut saf pertama terbuka kepada semua golongan? Jadi, kenapa kita mencipta dinding pemisah antara kanak-kanak dan orang dewasa? Menjadikan kanak-kanak lebih menjauhi masjid berbanding mendekati apatah lagi mencintai.

Bagi aku, kalau kanak-kanak bersolat ditepi ayah atau abangnya lebih baik. Kanak-kanak itu sendiri tak akan kemana-mana and ikut berjemaah sekali. Paling kurang pun, dia hanya akan menoleh kekanan dan kekiri sahaja melihat orang ditepinya solat.

Setiap kali pergi masjid, aku harapkan masjid yang sangat mesra pengguna. Yang ada tempat untuk study, tempat kanak-kanak bermain, tempat berniaga, gelanggang sukan. Bak kata along, masjid ni sepatutnya menjadi one stop centre untuk orang Islam. 

Mencipta generasi yang mencintai masjid adalah harapan yg realiti
"Ali, nak study mana nanti?"
"Masjid."
"Mana nak cari buku rujukan tu ye?"
"Masjid."
"Geng, nak main bola kat mana petang ni?"
"Masjid."

***

Tuttt tuttt..Ops, ada mesej Whatsapp masuk. 
"Kau online kat mana ni? Laju je line."
"Masjid."

;)

24.8.14

Biar



mata tua yang memandang aku itu
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti




Dua Syurga





Alhamdulillah.
Setiap hari adalah permulaan kepada hari yang lebih baik dari semalam.
Syukur dikurniakan ibu bapa memahami 
bila tiada yang memahami, merekalah yang taburkan seluruh kefahaman mereka pada anak mereka ini. Sampai satu titik dalam hidup aku, aku sedar sesuatu bahawa tiada apa yang lebih menenangkan aku melainkan restu mak dan abah.
yang meyakinkan raguku adalah mereka 
yang menghilangkan air mataku adalah mereka
yang mengesankan kata kataku adalah mereka
yang merasakan suka getirku adalah mereka
sungguh, terkadang abah terlalu sibuk dengan kerjanya
tapi mungkin tidak aku tahu betapa dia berusaha menutup beban penatnya
kerana seorang ayah tidak banyak kata yg diungkapnya
sehingga aku sendiri sukar untuk memahami apa yang melaju dalam fikiran abah
maafkan adik :'(

dan insan yang sedia menyayangi dan menebar cinta, ibuku.
yang mampu menafsir raut gundah dan getir
yang sering menahan payah demi anak anak
wahai ibu, hanya syurga hadiah tertinggi untukmu.

wahai Allah tuhan yang Maha Penyayang
jadikanlah mereka insan yang paling bahagia di dunia ini dan juga di akhiratMu nanti.
Tebarlah kasih sayangMu pada mereka sehingga kaki mereka memijak syurga 
dan mata mereka dapat menatapMu nanti 






Bangkit





Biar satu dunia tidak tahu
asalkan Allah ada menemanimu 
menghadapi ujian berliku
Biar mereka mengata
kerana dugaan ini hanya kau yang rasa
kerna sakit ini hanya kau yg terseksa
Biar mereka menolakmu 
kerna mereka tidak pernah tahu 
betapa senyumanmu itu 
memerlukan seribu kekuatan untuk diukirkan
apatah lagi untuk diterjemah dalam perkataan

| Syahidalisme |