2.11.16

Sekadar mimpi

Terkadang aku berasa diri aku aneh. Menyukai seseorang tanpa melihat sosok wajahnya. Ya, aku pernah (bahkan mungkin perasaan itu masih ada. Mungkin) terjatuh suka pada seseorang saat mendengar suaranya yang menenangkan. Suara yang aku ingat sampai sekarang bagaimana nadanya. Aku yang saat itu hampir putus asa meneruskan langkah atas jalan yang aku ambil. Dan suaranya datang seperti malaikat yang memberi semangat, yang memberi keyakinan bahawa aku tidak keseorangan dijalan ini. Dia bahkan pernah melalui situasi yang lebih getir. Dan tanpa sedar, aku sebenarnya telah jatuh waktu itu. Ya, telah jatuh suka. Walaupun yang aku 'lihat' saat itu hanyalah suaranya. Anehkan. Tapi itulah kenyataannya. Dan tanpa aku sangka, takdir menakdirkan kami untuk hampir setiap hari berjumpa. Ya, isnin-jumaat. Dan aku tahu bahawa suara itu adalah miliknya bila;
Pertama, aku dengar suara dia mengenalkan dirinya. Familiar sungguh.
Kedua, bila ramai orang (tidaklah ramai, dalam 3-5 orang) mengatakan tentang tazkirah tempoh hari di masjid. Dan ternyatalah memang dia pemilik suara itu. 
Aku tak tahu nak bereaksi macam mana bila berjumpa. Yang aku tahu, bila aku bertemu/berselisih atau hanya ternampak dia dari jauh, hati ini tanpa isyarat terus berlari dengan laju. Apa masalahmu wahai hati? 😔 Tahu tak tuan kau ni tak larat nak layan perasaan sendiri. Hm

Dan apa yang membuatkan aku membuang perasaan ini dengan sakit? Bila ada satu demi satu peristiwa yang berlaku yang membuatkan aku yakin bahawa aku ini hanyalah seperti bayang bayang bahkan bayang bayang juga terlihat oleh mata haha. Tapi yang pasti, aku boleh memastikan perasaannya dengan peristiwa itu. Perasaan dia sebaliknya. Jadi aku hanya biarkan dan cuba memangkas setiap tunas yg tumbuh dalam hati aku. Dan mohon, tunas perasaan itu jangan tumbuh setelah dipangkas. Kerana pertumbuhan perasaan itu sangat sakit. Dan aku tetap juga akan membuangnya sikit demi sikit. Cuma aku berharap perasaan ini tidak melampaui batas dengan mengiyakan segala asumsi dan sangkaan bagi melegakan perasaan sendiri. 

Jadi aku pilih untuk menggapai impian aku dulu sebelum mengiyakan perasaan suka apatah lagi cinta. Gapai impian kau syahida dan cinta akan mengejarmu.
Inshaallah

12.11.15

Supermom dan qanaah



Mak..
Satu sosok yang dipinjamkan Allah dengan deria pemahaman yang tinggi terhadap anak-anaknya. Sudahkan pulak aku yang bongsu kata orang lebih dekat dan rapat dengan ibunya. Memang itu kenyataan antara beradik yang lain, aku yang paling manja dan dekat dengan mak. Jiwa mak memang menenangkan. Dan aku memang gemar mendengar dan berkongsi dengan mak. Mak bukanlah wanita yang bekerjaya dan sekolah hanya bertamatan sehingga tingkatan satu atas kesusahan hidup keluarga memandangkan mak anak pertama, jadi memberi dan mengorban lebih banyak digalas atas bahu mak. Aku kagumi kudrat mak yang mampu berpatah tulang mengerjakan sawah bendang. Dek kerana sumber pernafasan keluarga adalah dari hasil padi, jadi dikorban pelajaran dan masa depan. Sambil- sambil membanting sawah, mak memasak dan menjaga adik adiknya setelah pulang dari bendang. Subhanallah mak. 'Tak penat ke wahai ibuku?' Aku sampai menangis mengingatkan perkara ini. Betapa kudratnya kuat. Bersama nenek, mak menahan air mata dan keperitan hidup membesarkan 7 orang adik beradik dengan hinaan orang kampung menjadi makanan ruji lantaran kemiskinan dan status nenek pada waktu itu. Kuatnya mak :'(

Mak dulu orangnya cantik. Ramai golongan tua dari kampung sebelah yang ingin bermenantukan mak. Tapi semuanya ditolak. Memikirkan susah ibunya (nenek) yang masih tersisa sehingga mak digelar anak dara tua (mak kahwin pada umur 23 tahun yang dikira sudah agak telat pada waktu itu). Mana mungkin mak mampu lupa bagaimana layanan orang terhadap mereka. Bagaimana susahnya meminta-minta, mengharap belas orang lain. Tapi kata mak, 

"Itu yang membuatkan kehidupan menjadi sangat indah. Sebab apa? Sebab kita berkehidupan kerana Allah dan bergantung sepenuhnya pada Dia. Kerana mak miskin, mak sedar satu perkara. Bahawa Allah tak pernah ciptakan kemiskinan. Manusia je yang meninggi dan negatif."

"Habistu mak, Allah ciptakan apa? Bukan ke Allah yang ciptakan kekayaan dan Dia jugalah yang menciptakan kemiskinan?"

"Adik rasa? Seringan itukah Allah menjadikan sesuatu perkara?"

"Adik tak pasti. Yang adik pasti Allah mestilah Maha Teliti"

"Allah tak ciptakan kekayaan dengan kemiskinan. Tapi Allah berfirman dalam surah an-najm ayat ke 48, bahawasanya Dia menciptakan kekayaan dan kecukupan. Indahkan?"

"Subhanallah. Patutlah ada yang miskin tapi hidupnya ketergantungan pada dunia. Selama kita bersyukur, selagi tu kita akan rasa kaya dan cukup. Kan mak?"

"Betul. Jangan difikir hidup ini sukar. Jadilah orang yang bersyukur. Dapat sesuatu mulutnya lekas bertahmid. Tidak persoal banyak kenapa aku dapat itu kenapa aku dapat ini. Bersyukur untuk sentiasa berasa cukup."


Ah mak, kata katamu seberat ujian yang pernah kau tanggung. Berat. Hingga tenggelam dalam kedasar jiwa dan ruh anakmu.Berharap dalam hati, moga anakmu mampu menjadi ibu yang terbaik sepertimu :')



-----

Moga mak direzekikan Allah menjadi jiran kepada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam di syurga kelak
Aamiiin Ya Khaliq

18.9.14

Jodoh Milik Allah



Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.



"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.



Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.



"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."



Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."



Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..



Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.



Secret Admire



"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..



Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..



"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.



Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.



"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.



Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.



Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.



"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau makmembalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.



Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?





"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada



sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas



jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab



jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita



berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang



yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."





Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,





"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi



hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya,



yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.





Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi



apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita

ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu



diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki



dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik,



sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.



Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..





Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari



redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..



Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang



awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...





Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.





"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun



bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang



curang, suami yang curang..





Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri



kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.



Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si



dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi



termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,



beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.



."





"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu



untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri



dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam



hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa



sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza



dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,



sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..



Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "





Redha





"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha..



Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau



dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap



insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang



dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu



mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak



sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..



Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "



Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.



"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."



Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...


16.9.14

Iman: Surah Ibrahim Ayat 1



[Perkongsian]

Dulu ada seorang pelajar Matri tanya soalan kepada seorang Murabbi di Matri,

"Apa punca seseorang pelajar itu malas belajar?"

Murabbi itu menjawap,

"Itu masalah iman."

Pelajar itu pun diam. Berfikir sejenak. Kemudian dia tanya soalan yang kedua.

"Apa pula punca seseorang itu suka mengumpat orang?"

Murabbi itu pun menjawap,

"Itu masalah Iman."

Pelajar ini pun terdiam. Berfikir sejenak, sambil muka bercorak kehairanan. Lalu dia ajukan soalan yang ketiga.

"Apa pula punca seseorang itu selalu menghabiskan masa, sibuk dengan aktiviti yang tidak berfaedah nll?"

Murabbi itu tersenyum saja. Lalu dia bersuara,

"Itu pun masalah iman."

Kali ni pelajar itu pun terdesak lantas bertanya,

"Kenapa semua masalah iman?"

Sambil tersenyum manis, murabbi itu pun berkata,

"Nta nampak tak Al-Quran terjemahan atas rak tuh?"

(sambil jari menunjuk ke arah rak Al-Quran di belakang)

"Tolong ambilkan satu!"

Pelajar itu pun bangun pergi dapatkan Al-Quran terjemahan itu dan duduk semula di hadapan murabbi itu.

"Baik. Cuba nta buka Surah Ibrahim ayat 1."

(Setelah selesai buka muka surat ayat itu)

"Baik. Cuba nta baca. Sekali dengan terjemahannya."

Pelajar itu pun baca teks arab dan terjemahannya.

"Alif Lam Ra, inilah kitab (Al-Quran) yang kami turunkan kepada kamu (wahai Muhammad), untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya yang terang jelas dengan izin tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji."

Murabbi itu pun bersuara.

"Baik, cuba tengok apa yang Allah sebut tentang sembang-sembang kita ini."

Allah kata, Aku bagi Al-Quran ni kepada manusia untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan, yaitu ditafsirkan sebagai segala masalah-masalah, kelemahan-kelemahan, ke'aiban-ke'aiban, kekotoran-kekotoran, kepada cahaya, yang ditafsirkan sebagai iman. Atau tafsiran yang lain disebut kesempurnaan-kesempurnaan dan kebaikan-kebaikan. "

"Jadi bila sebut Al-Quran, maka fungsinya yang terutama ialah untuk mengubah manusia daripada gelab kepada terang, daripada gelisah kepada ketenangan, daripada kotor kepada bersih, daripada buruk kepda baik, daripada negatif kepada positif."

"Berubah."

"Maka Al-Quran ialah aset pertama perubahan manusia."

"Jadi apabila kita guna Al-Quran sebagai proses Iman manusia, maka akan berlakulah perubahan daripada kegelapan kepada cahaya itu, atau daripada banyak masalah kepada kesempurnaan."

"Maka, kalau kita banyak masalah dalam hidup, banyak problem, seperti yang nta sebut tadi, malas study, suka mengumpat orang, buang masa, isi dengan aktiviti yang tak berfaedah, tiada pun perubahan ke arah 'cahaya', kebaikan atau kesempurnaan, bermakna jiwa kita tidak disapa oleh iman. Al-Quran tidak menjadi aset perubahan. Ia sekadar dibaca, dihafaz, dilagukan, dibuat hujah, dibalah itu ini. Tapi proses iman ke arah 'cahaya' melalui Al-Quran ini tidak berlaku."

"Sebab itu ana kata tadi, itu semua masalah iman."

Pelajar itu pun dengar sambil mengangguk-angguk. Khusyuk.

"Baik."

"Bagaimana iman ini boleh mengubah kita jadi baik. Jadi sempurna. Macam mna?"

Tengok pelajar itu diam tanpa suara, murabbi itu pun terus..

"Iman ini fitrah setiap jiwa manusia. Setiap jiwa manusia sebenarnya dahagakan udara Iman. Iman yang menjadikan jiwa manusia itu 'bernafas' selesa, rasa puas, rasa tenang, rasa bahagia."

"Sempurna."

"Apa itu Iman? Iman itu ialah perasaan kepada Allah."

"Rasa cinta, kasih, sayang, rasa berharap, bergantung, takut, dan lain-lain."

"Jadi bilamana perasaan-perasaan ini 'bernafas' hidup dalam jiwa, bergema setiap masa dan ketika, maka tindakan-tindakan kita, fokus hidup kita, kesibukkan kita, akan menjadi baik belaka. Kita akan jaga hak-hak Allah dan Allah akan pelihara hati dan perangai kita."

"Kita tak suka mengumpat orang. Kita sayang semua manusia. Kita rasa mustahaknya ilmu, untuk kenal Allah. Maka kita pun sentiasa semangat nak belajar. Begitu juga masa kita rasa berharga, tak suka buang masa, kita akan sibuk dengan kerja-kerja yang Allah suka, dan lain-lain lagi kebaikan atau yang ayat 1 surah Ibrahim sebut 'cahaya' tadi, maka kebaikan atau cahaya ini akan melekat pada diri kita, bila adanya iman yang sejahtera."

"Kita tak boleh sempurna kerana kita manusia. Tapi dengan adanya iman, kita sedang menuju ke arah kesempurnaan. Begitulah, Al-Quran menjawap soalan-soalan nta."

Tergamam pelajar itu mendengarnya. Puas jiwanya bila mendengar penjelasan yang sedemikian rupa.

Yang 'best'nya akhir sekali pelajar itu bertanya soalan kepada Murabbi itu,

"Cikgu dulu belajar bidang apa dalam deeniyah?"

Murabbi itu pun tersenyum lebar, lantas menangkis semula soalan itu,

"Ana dulu degree dan master bidang ekonomi."

:)


credit to Luqmannul Hakim Muhammad Jamil

15.9.14

Aku Pelik


Aku pelik
Dirimu yang paling hebat 
berkata tentang ikhtilat
namun kaujuga sering berbalas mesej 
dengan ajnabi tanpa hal yang darurat
Aku pelik
Dirimu yang menunduk tika dijalanan
Adakah wujud beza dan batasan
kala menjawab bukan mahrammu punya panggilan 
tanpa hujah kuat dan alasan
Aku pelik
Kata kau perindu Allah dan Rasulmu 
tapi kenapa kau kongsikan sesuatu 
pada yang tidak layak kaukongsikan masalahmu?
Aku pelik
Kau menyeru muslimah menjaga maruah 
tapi kau seakan bangga menghadam pujian 
dari lelaki di atmosferamu
Aku pelik
Dirimu yang tertonjol beragama tetapi 
lidahmu mampu melabel orang sesuka hatimu.
"Dia wahabi!"
Kenapa sahabatku? Yang lain pula ingin kau tuduh majusi?
Aku pelik
Dirimu yang mendapat ilmu dari ulama hebat,
tahu hukum dunia akhirat
kenapa seperti tidak pernah kau alami segalanya itu?
Bagaikan ada benteng yang menyekat

Aku pelik
Aku sesak
Aku lemas
Tenangku melayang 

020314