25.8.14

Masjid mesra pengguna


Entah kenapa sampai sekarang aku pelik siapalah yang mencipta teori 'saf kanak kanak di belakang manakala saf orang dewasa di hadapan'.

Bukan apa, aku jadi pelik dengan institusi masjid sekarang yang terlalu tidak mesra kanak kanak. 
Mungkin ada yang akan kata, 

"Mereka asingkan saf tu sebab taknak budak budak ni main main dalam  masjid."

Buat aku terfikir pulak. Macam mana anda boleh melihat pengasingan saf kanak kanak dan orang dewasa tu adalah solusi bagi masalah kanak-kanak suka berlari-lari dalam masjid? Maaflah, sebab aku tak nampak pun ada penyelesaian kat situ.  


Kalau kita kumpulkan kanak-kanak bersama rakan sebaya mereka, kita expect mereka akan duduk diam dan ikut juga berjemaah? I dont think so. Yang akan terjadi hanyalah mereka bermain-main di belakang, mengacau kawan-kawan disebelah, menjerit, dan berlari-lari. Anda kira itu tidak menganggu jemaah perempuan di balik tabir di belakang? Nak salahkan mereka? Nak buat macam mana, bermain memang fitrah kanak-kanak. Then, sekarang ni timbul pulak masalah orang tak ramai di masjid. Yang ramai hanyalah golongan emas. Di cop pulak 'remaja sekarang ni memang malas nak pergi masjid'. Salah siapa?

Pernah kita tahu sebab apa? Setiap permasalahan pasti ada jalan keluarnya jika sekiranya kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak. Tapi kalau selamanya kita asyik menyalahkan orang lain, mencari solusi dengan menyekat golongan lain, anda kira masalah ini akan selesaikah? 

Dulu waktu aku kanak-kanak sewaktu umur 9-10 tahun, aku pernah tertanya-tanya, 'kenapa mesti solat kat belakang? Sedangkan aku sampai awal? Bukan siapa cepat dia dapat ke?' 

And, bukan ke peluang merebut saf pertama terbuka kepada semua golongan? Jadi, kenapa kita mencipta dinding pemisah antara kanak-kanak dan orang dewasa? Menjadikan kanak-kanak lebih menjauhi masjid berbanding mendekati apatah lagi mencintai.

Bagi aku, kalau kanak-kanak bersolat ditepi ayah atau abangnya lebih baik. Kanak-kanak itu sendiri tak akan kemana-mana and ikut berjemaah sekali. Paling kurang pun, dia hanya akan menoleh kekanan dan kekiri sahaja melihat orang ditepinya solat.

Setiap kali pergi masjid, aku harapkan masjid yang sangat mesra pengguna. Yang ada tempat untuk study, tempat kanak-kanak bermain, tempat berniaga, gelanggang sukan. Bak kata along, masjid ni sepatutnya menjadi one stop centre untuk orang Islam. 

Mencipta generasi yang mencintai masjid adalah harapan yg realiti
"Ali, nak study mana nanti?"
"Masjid."
"Mana nak cari buku rujukan tu ye?"
"Masjid."
"Geng, nak main bola kat mana petang ni?"
"Masjid."

***

Tuttt tuttt..Ops, ada mesej Whatsapp masuk. 
"Kau online kat mana ni? Laju je line."
"Masjid."

;)

No comments:

Post a Comment