6.3.13

Misteri



Tatkala cinta menyapa hati 
Ku bertanya pada diri sendiri 
"Ya Allah, adakah ini cinta suci yang hakiki?" 
Takut kutersalah menilai erti 
Lantas ku bersujud memohon pada Pemilik Hati 
Siapa pun dia nanti, 
Kau tautkanlah hati kami 
Hingga ke syurga dan Kaurahmati 

Buatmu yang masih misteri 
Sedang ku persiapkan diri 
Menjadi sesolehah penyeri 
Teladan dari isteri Nabi 
Sebagai penyejuk hatimu suatu hari nanti 
Jika Allah mengizinkan segalanya terjadi 



SR | Isnin | 040313





No comments:

Post a Comment