3.3.13

Ketika Hati Berdesir


Ku tahu cinta itu fitrah
Tapi ku takut Allah marah
Lantaran rasa ini salah
Buat insan yang belum ku istikharah dan istisyarah
Aku hamba yang lemah
Gelisahku hati pantas menyerah
Risau bibir terpenjara mengucap Astarghfirullah
Tatkala cinta bertukar fitnah
Ya Allah, Pemilik Cintaku,
Pegang dan jagalah hatiku
Moga tetap dijalanMu
Moga tidak diperdaya cinta palsu
Pertahan prinsip tanpa jemu
Pelihara cinta tanpa lesu
Supaya terjaga disimbah syurgaMu
Jumaat | 010313 - Dikarang semasa isi hati dan kebosanan membadai diriku sewaktu ditempat kerja 

No comments:

Post a Comment